Pandangan Ishak Baharom

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].[1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir".[2]

Ahli dan Pemimpin PAS

Dato’ Ishak Baharom rahimahullah adalah antara ahli PAS terawal dan menjadi ahli semenjak 1952 lagi.Ketika Dewan Pemuda PAS ditubuhkan di Bagan Datoh pada 23 Ogos 1953,beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS.Beliau memegang jawatan ini sehingga 1956.Turut bersama- sama beliau memimpin Dewan Pemuda PAS ialah Ustaz Othman Abdullah,guru agama di Sabak Bernam (Ketua),Cikgu Ahmad Awang,guru besar di Kepala Batas (Wakil Ketua),Ustaz Abdul Kadir Kamal, guru Madrasah al- Maarif Wathaniyah (Setiausaha),Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Ustaz Muhammad Nuh, Tarmizi Ahmad, Ahmad Ali, Ismail dan Haji Jaafar sebagai Ahli Jawatankuasa.

Apabila Datuk Hassan Adli Mohd Arshad menjadi Ketua Pemuda PAS pada 1956,Dato’ Ishak Baharom tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kerana beliau sedang bersiap mahu bertolak ke India.Di India,beliau menerima pengaruh daripada ulama- ulama yang aktif dalam Jamaat-e-Ulama’ Hind yang giat menentang penjajahan British dan berusaha menegakkan semula negara Islam merdeka menjadi topik penting di kalangan ulama India ketika itu yang turut mempengaruhi senario politik Tanah Melayu.

Apabila beliau dipecat pada 1997,Datuk Ishak Baharom muncul semula dalam arena politik negara,terutama selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998 Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998 dan menamakan dirinya sebagai salah seorang individu yang mendukung GERAK selain Prof Dr Abdul Aziz Bari dari UIA dan Prof Shahnon Ahmad dari USM.Kerana kegiatan beliau dalam GERAK inilah,beliau diharamkan berceramah agama di Selangor.

Selepas pilihan raya 1999,Dato’ Ishak Baharom dilantik sebagai Ahli Majlis Syura PAS Diarkibkan 2015-10-08 di Wayback Machine pada tahun 2001 selama dua penggal sehingga tahun 2007. Di samping itu juga beliau turut dilantik juga sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat semenjak 2003 sehingga akhir hayatnya. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Ustaz Nurul Khalil Bin Rosli, Ahli Jawatankuasa kerja Dewan 'Ulamak PAS Selangor dan Ketua Urusan 'Ulamak PAS Kawasan Gombak. Selepas berpengalaman sebagai pendakwah dari awal tahun 1950 hingga ke akhir hayatnya dan menjadi mufti selama 13 tahun,Dato’ Ishak Baharom begitu yakin bahawa hanya dengan mengubah kerajaan sahaja syariat Islam dapat ditegakkan.Kerana itu,dihujung hayatnya beliau memilih untuk kembali aktif bersama PAS bagi mencapai cita- cita ini.

Rujukan

WikiPedia: Ishak Baharom http://mindakini.com/dato-ishak-baharom-rahimahull... http://mudin001.com/tag/ishak-baharom http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.pas.org.my/ulamak http://www.harakahdaily.net http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/pem... http://www.parti-pas.org/info/pimpinan/majlis-syur... https://web.archive.org/web/20080201081708/http://... https://web.archive.org/web/20080205041444/http://... https://web.archive.org/web/20151008053946/http://...